YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Saturday, April 25, 2009

MARI BERSAMA DALAM RANCANGAN MIAMPAI ARTIS 1 MEI 2009

1 Mei ini Lala akan ke udara dalam rancangan "Miampai Artis" dalam siaran SabahVFM jam 9.45 pm. Itupun jika tidak ada sebarang masalah atau tidak ada aral melintang kata orang. Entahlah macam mana ni... Masalahnya Lala ini sebenarnya tidaklah fasih sangat berbahasa dusun. Dusun yang Lala ada pun da jadi rojak.

Apapun janganlah rakan-rakan sangka yang Lala ini seorang artis pula. Artis jauh sekali dari angan Lala. Lala buat semua ini pun sekadar suka-suka sahaja. Saja-saja mahu cuba boleh ka tak aja bah. Mungkin ini album pertama dan terakhir juga ini.. so, please..please jangan samakan Lala dengan artis-artis Kadus yang lain tu ya..
Sebenarnya Lala tidak berseorangan, orang-orang penting di bawah ini akan bersama Lala, tetapi mereka kata masuk konti Lala seorang aja.
Kalau malam tu, dusun Lala tunggang terbalik atau tak difahami, ataupun keluar macam tahi kambing aja.. faham-faham ajalah kio.

Qolo @ Molly- Pengurus si Caroline Yusuf. Beliau banyak mencipta lagu dan lirik dalam album si Benn S dan Si Carol.

Benn S. Bukag - Johan Bontugan Sinding Dusun 2008, juga selaku penyusun semua muzik and Mastering Album "Auh Nodi Koguli" Lala.
Dalam Album Lala ini, beliau (Benn) turut menyanyikan sebuah lagu bertajuk " Pitongkiadan Diti" lagu dan lirik Si Ocoi dan lagu duet bersama Lala dalam lagu "Nipi Taraat" juga lagu dan lirik si Ocoi.
Yaps P. G @ Ocoi - Empunya atau pencipta kesemua lagu dan lirik dalam album Lala. Beliau turut menyanyikan sebuah lagu dalam album ini bertajuk "Ginawo Okon Raan-Raan" Lagu dan Lirik beliau sendiri. Pada mulanya si Ocoi ini betul-betul tidak mahu bawa walaupun setengah dari lagu-lagunya, tetapi setelah didesak dan diminta agar membawa 2 atau tiga lagu, beliau akhirnya akur juga bawa sebuah sahaja. "Maan pod koirakan" ( untuk kasih ketawa -ketawa aja ) dia bilang.

Friday, April 10, 2009

VIVA SAHUT CABARAN 4 X 4


Jambatan ini pernah dipostkan oleh si Runsab dalam blognya beberapa minggu yang lepas sewaktu keadaannya belum setenat ini. Waktu ini, rakan-rakan perhatikanlah sendiri keadaanya. Terpaksalah cari alternatif lain untuk masuk sekolah ni. Terpaksa ikut jalan sungai.



Beginilah keadaan kereta Viva ini. Tersadai dan hanya memerlukan kesabaran dan teknik pemanduan. Jalan ini juga jarang sekali dilalui kenderaan,
dalam 2 jam belum pasti ada satu kenderaan yang lalu di sini untuk meminta sebarang bantuan.

Mungkin jarang anda saksikan kereta comel ini akan meredah jalan yang hanya layak dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda. Apa tah lagi kereta ini baru sehari dua keluar dari kedai.

Tapi ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru yang berkhidmat di SK. Kirunggo Telupid. Disebabkan jambatan yang tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan, maka terpaksalah terjun ke sungai kereta Viva ini. Jika tak banjir, boleh lah lalu. Nasib time kawan ini lalu air sungai tak banjir. Dan akhirnya si comel ini berjaya juga mengatasi halangan ini.

Friday, April 3, 2009

BIRTHDAY TERSIMPLE

Lala tak pernah terfikir untuk menyambut birthday bersama kesibukan berkursus. Apapun banyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan sekursus yang begitu sporting dan supporting. Akhirnya dalam sibuk-sibuk berkursus pada 31.03. itu pada malamnya sempat lagi kawan-kawan raikan birthday Lala dalam bilik hotel. Heheee... tak kirala berapa orang yang ada...





Inilah aksi syok sendiri yang sempat dishooting oleh rakan-rakan time tu. Nampak sangat tak meriah tapi tak apa yang penting enjoy... kek yang ada nipun kek(cheese cake) yang termurah dan termudah juga.









Apapun keadaannya, Lala amat bersyukur kerana masih diberi ruang dan waktu untuk melakukan semua ini. Sekurang-kurangnya terlerai juga serba sedikit kekusutan minda dan keboringan selama berkursus seminggu ini.


Hanya inilah sahaja sebahagian dari rakan-rakan Lala yang ada waktu itu. Yang lain tu sibuk dengan hal tersendiri dan pastilah mengambil masa untuk beristirehat setelah sehari suntuk berkursus. Takpala yang penting mereka semuanya sporting.

TERIMA KASIH

Terima Kasih Tuhan....
Terima Kasih Ibu Yang Melahirkan..
Terima Kasih Waktu...
Terima Kasih Kesempatan..
Terima Kasih Peluang...
Terima Kasih Teman..
Terima Kasih Pembaca....
Terima Kasih Segalanya...

31 March...