YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Saturday, June 13, 2009

SEBAHAGIAN CERITA MASA CUTI

05.06.2009, Kg. Langkabong Tongod Kinabatangan- Lala telah mengikuti rombongan orang naik meminang sebagai kakak kepada lelaki yang naik meminang. Majlis ini telah dilangsungkan di rumah pihak perempuan. Majlis dijalankan dalam keadaan yang amat sederhana.
Antara hantaran yang ada selain dari Wang ringgit. Jumlah RMnya masih rahsia kerajaan heheee.
Yang ni, satu-satunya brother Lala yang ada turut serta dalam rombongan
Sebahagian wakil rombongan lelaki yang didatangkan khas dari Kg. Umpason Apin-Apin Keningau.
Naaa.. inilah dua insan yang diengage pada hari itu.
Baaaa pelan-pelan ongkukut..liwa-liwa monsosop... magpalan mongirup. Besar2 ba tajau dorang ni..
Semasa di rumah pihak perempuan pun sudah ada bunga-bunga aramai ti. Ada sudah yang mula momis tiwou tidak mau pulang hehe.., tetapi apapun rombongan lelaki terpaksa juga bertolak kembali ke Apin-Apin Keningau pada jam 6 pmnya pada hari yang sama dan tiba di Kg. Umpasan Apin-Apin pada jam 11.00 pm. Bah! apa lagi, di sana aramati sudah menunggu-nunggu.. hingga ke pagilah mereka berjogetan.. Lala da mampus tidur time tu, jadi pic tak da la..hehee..

Pagi 06.06.2009 Kg. Umpason Apin2 Keningau (Rumah family Lala)- Atukoi aramai dia orang berkaraoke di siang-siang hari... apa-apalahkan yang penting aramai, bukan selalu dapat berkumpulan bersama sanak saudara, cousin2 macam ni.

Naaa.. masih ramai dia orang walaupun da keesokan paginya.
Akhirnya mangga ini juga yang dicari awal pagi, jadi rebutan lagi tu...hahaa siapa suruh kogutan, kotoh!!!

Dalam perjalanan Keningau ke K.Kinabalu, Lala sempat singgah di kedai kaset/CD/VCD Bamboo Sound untuk tinggalkan beberapa unit produk (Album Auh Nodi Koguli). Jadi rakan-rakan yang berminat bolehlah dapatkan album kami itu di kedai mereka ya. Opp.. sempat possing lagi dengan si Filix Don tapi tinggi betul ba dia ni,tengok sampai bahu aja sia. Apapun Thank's so much Don atas sokongan kamu.

Dalam perjalanan itu juga Lala sempat berjumpa dan berborak dengan Bro. Badadang di Pejabat PERTISA Muzium Sabah seterusnya meninggalkan beberapa unit produk lagi di sana.
Ha he hee.. yang ini perjalanan akhir da ni, sempat possing dekat Tomis - Bundu Tuhan sana. Pemandangan di sana memang cukup indah, cantik dengan udara yang amat nyaman, Kinabalu highland ba ini. Naaa itu ajalah antara lain cerita Lala masa cuti bulan kabangatan bilang si bro. Badadang., tak ada apa yang menarik, cuma cukup untuk update blog Lala yang da bertegar ini. Heheee..bye byee..